Khamis, 18 Julai 2013

PUDING CARAMEL


                                   

Bahan-Bahan:
ü  7 biji telur gred A
ü  5 sudu besar gula halus
ü  ¼ sudu the esen vanilla
ü  400ml susu cair/ 1 tin susu cair
ü  1 sudu besar tepung kastard.
Untuk Caramel
*200gm gula=1 cawan air suam. Panaskan gula sampai perang masukkan air sedikit demi   sedikit. Bila gula dah perang angkat. Masukkan air suam lagi untuk bagi caramel cair dan cantik. Angkat dan ratakan dalam Loyang.*A
1kg gula =5 cawan air(jika hendak simpan atau suka banyak caramel)
CARA-CARA:
1.      Pukul telur dengan gula(jangan terlalu berbuih) *B
2.      Panaskan susu cair dan esen vanilla dengan suhu sederhana (jangan terlalu mendidih)
3.      Masukkan susu suam kedalam bekas telur*dan masukan tepung kastard. Kacau sebati dengan mixer low speed.
4.      Masukkan adunan telur kedalam Loyang caramel*tutup dengan aluminium foil.
5.      Kukus selama 30 minit-160’c (api yang sederhana) atau bakar selama 40-45 minit-150’c

6.      Setelah masak biar selama 5 minit baru dibuka aluminium foil. Terbalikan dan siap untuk di hidang. Selamat mencuba J